2010年10月20日星期三

Hutan Hujan Tropika

  Hutan hujan tropika adalah jenis hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung Malaysia dan kira-kira 75% di Sabah dan Sarawak. Hutan ini membawa banyak feadah serta keuntungan kepada manusia.

  Hutan hujan tropika merupakan habitat dan perlindungan kepada flora dan fauna. Dalam hutan hujan tropika wujudnya banyak binatang serta serangga yang unik. Binatang seperti ini memerlukan hutan hujan tropika sebagai tempat tinggalnya. Biantang-binatang dan serangga-serrangga tersebut berkandung kepada hutan hujan tropika sebagai sumber makanan.

  Hutan hujan tropika juga merupakan sumber bahan-bahan fitokimia. Hutan hujuan tropika mempunyai potensi besar sebagai sumber bahan kimia kegunaan industri farmaseutikal, agrokimia, perasa dan keluaran teknikal yang lain. Bahan-bahan fitokimia diguna dalam pembuatan racun serangga perosak. Sebatian-sebatian piretrin daripada bunga Pyrethum berjaya dimodifikasikan secara kimia kepada pelbagai jenis racun serangga perosak yang berkesan.

  Walaubagaimanapun. kepupusan hutan hujan tropika membawa kesan. Kepupusan hutan hujan tropikan telah menyebabkan pemanasan global.Penerbangan pokok-pokok telah menanmbah kandungan karbon dioksida dalam atmosfera. Karbon dioksida menyerap dan memantulkan kembali gelombang radiasi infra merah ke permukaan bumi. Keadaan ini terus menerus sehingga mengakibatkan suhu rata-rata tahunan bumi ini meningkat.

  Pemusnahan hutan hujan tropika juga menjejaskan rantaian makanan. Tumbuhan memindah terus cahaya matahari kepada tenaga melalui fotosintesis dan kemudiannya dimakan oleh pengguna primer. Pengguna primer kemudiannya dimakan oleh pengguna skundar. Sekiranya hutan hujan tropika musnah, sumber tenaga bagi rantaian makanan terus musnah. Hal ini terus menjejaskan rantaian makanan.

  Kesimpulanya, hutan hujan tropika amat penting bagi manusia. Ia mestilah dijada dengan baik demi kebaikan manusia.

没有评论:

发表评论